Friday, March 19, 2010

Anwar Ibrahim akan terus di serang di Parlimen

Anwar adalah gergasi berbagai-bagai wajah, kata MP Bayan Baru – Zahrain Hashim yang bercakap di Parlimen semalam. Laman web www.malaysiakini.com melaporkan seperti berikut - Zahrain turut menyifatkan Anwar sebagai "raksasa pelbagai wajah" ekoran pendiriannya yang sentiasa berubah-ubah dalam memperjuangkan orang Melayu dan kepentingan agama Islam.

Anwar Ibrahim dikatakan telah bertindak keluar dewan di sertai dengan laungan dari MP BN yang mendesak Anwar Ibrahim tunggu dan tidak keluar dewan. Zahrain – berterusan menyerang Lim Guan Eng dan menyifatkan Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP sebagai diktator, cauvinis dan berfikiran komunis. Apa pula komen PR mengenai tuduhan tersebut. Adakah tidak benar tuduhan bahawa Lim Gua Eng – adalah apa yang seperti digambarkan oleh Zahrain?

Apa pun episod serang dalam parlimen oleh mereka yang telah menjadi calon bebas akan tetap berlaku. Anwar akan berdepan dengan serangan dari bekas orang nya sendiri seperti mana serangan hebat di luar parlimen oleh Ezam Mohd Nor dan rakan-rakan. PR akan menghadapi tentangan hebat kali ini tidak seperti tahun-tahun sewaktu tercetusnya reformasi yang mana UMNO dan BN tidak bersedia berdepan dengan serangan pembangkang.

No comments:

Post a Comment